Isu semasa berkaitan kesantunan bahasa
Isu Semasa Berkaitan Kesantunan Bahasa
“Isu gelar cikgu pondan, rotan selesai”
Ibrahim Isa: (ibrahim@hmetro.com.my)
ISU guru lelaki merotan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang mengeluarkan perkataan kurang sopan terhadapnya dan tular di media sosial sejak Selasa lalu, diselesaikan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, hari ini.
Isu itu berjaya diselesaikan apabila kedua-dua pihak meminta maaf dan laporan polis dibuat ibu pelajar itu ditarik semula.
Ulasan
Pada pendapat saya, adalah wajar tindakan seorang guru menegur pelajar yang melakukan kesalahan memandangkan menjadi prioriti seorang guru untuk membentuk akhlak dan keperibadian pelajar. Isu pendidikan seperti ini dilihat seperti menjadi kebiasaan di mana-mana sekolah pada masa ini.
Hal ini turut menggambarkan betapa rendahnya sifat kesantunan dalam diri pelajar-pelajar tersebut. Mereka berkelakuan biadap seolah-olah tidak menyedari bahawa perbuatan yang mereka lakukan itu adalah salah. Secara tidak langsung, hal ini telah menjejaskan imej sekolah berkenaan dan akhirnya warga sekolah tersebut menahan malu dan imej tercemar.
Cara-Cara Menangani Isu Tersebut
1. Peranan kerajaan (sekolah)
Kaunselor di unit kaunseling hendaklah memberitahu murid-murid yang bermasalah akan memberi implikasi negatif yang akan menimpa pada diri mereka sendiri jika tidak berbicara atau berkata-kata dalam bahasa yang sopan santun terhadap pendidik atau guru. Mereka sepatutnya mengetahui bahawa adab dan sikap hormat-menghormati pada guru atau orang yang lebih tua. Unit kaunseling hendaklah mengadakan ceramah atau forum berkaitan kesantunan bahasa bersama orang lain kepada para pelajarnya.
2. Peranan ibu bapa
Ibu bapa haruslah menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa yang baik sudah pasti mempunyai anak-anak yang baik kerana 'bagaimana acuan, begitulah kuihnya'. Ibu bapa juga perlu mengawal aktiviti anak-anaknya. Tamsilannya, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anaknya sejak umur setahun jagung lagi tentang keperibadian dan kesantunan bahasa dalam kehidupan seharian mereka. Impak yang mampu diperoleh oleh anak-anak tersebut, mereka dapat mempraktikkan nilai murni tersebut di sekolah mahupun ketika menjelang dewasa suatu hari nanti.
3. Peranan media massa
Pihak media massa hendaklah memperiklankan atau menyiarkan seribu satu kemaslahatan kesantunan bahasa yang dapat diperolehi oleh anak muda di luar sana. Sebagai contoh, seletelah selesai program atau cerita di kaca televisyen, siarkan amalan murni dalam bentuk animasi atau tulisan supaya mereka mudah faham dan mampu dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Berapa sahaja nilai perbandingan masa yang menyiarkan nilai murni tersebut jika hendak dibandingkan dengan peribadi mulia generasi muda yang mampu kita pupuk agar mampu menyambung legasi Negara Malaysia kita yang tercinta ini dengan cemerlang.
Kesimpulan
Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika tamadun Mesopotamia.
Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka adaalah dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan pereanan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememangnya kaya dengan budi bahasa.
Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan. Pemimpin yang baik akan dapat mmentadbir negara dengan lancer kerana mendapat sokongan padu daripada rakyat. Dalam pada itu, golongan remaja merupakan asset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa perlulah dijadikan panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala social serta dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Pemimpin yang berbudi bahasa juga dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin dari negara lain akan kagum dan nmenghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapat dijalainkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Selain itu, negara kita akan terkenal di persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan ini akan menjadi kebanggaan masyarakat kita.
(ANRYAN HAFIZ)
"Hina Permaisuri Agong: Pengguna Twitter mohon maaf"
ABDUL HALIM HADI - UTUSAN.COM.MY
Pemuda yang menghembur kata-kata biadap terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui akaun Twitter hari ini tampil membuat permohonan maaf.
Tindakan pengguna laman sosial itu dipercayai dilakukan selepas menerima kecaman warga maya sebagai penyebab Seri Paduka menyah-aktif akaun Twitter rasminya, @cheminahsayang, semalam.
Dalam ciapan lewat petang ini, Firdaus Asraf membuat status berbunyi;
“Ampun Tunku Beribu-ribu Ampun, Seandainya Raja Permaisuri Agong membaca warkah ini, patik memohon segala keampunan Tunku dan patik bersedia mengadap Tunku untuk memohon maaf seandainya Raja Permaisuri Agong berkenan menerima patik.
“Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong.
“Patik yang merendah diri, Firdaus Asraf
Warga maya hari ini melancarkan kempen dengan tanda pagar #AmpunTuanku bagi ‘memujuk’ Tunku Azizah mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya @cheminahsayang.
Kempen warga maya itu merupakan kesepakatan usaha untuk merayu Tuanku Azizah yang begitu disenangi oleh seluruh lapisan masyarakat mengaktifkan semula akaun Twitter baginda.
Tindakan pengguna Twitter berkenaan turut mendapat komen bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mahu tindakan diambil di bawah Akta Hasutan bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang. - UTUSAN ONLINE
Ulasan
Baru baru ini telah gempar dengan berita bahawa Permaisuri Agong yang dikenali dengan sifat ramah dan mesranya menyah-aktifkan akaun media sosial twitter miliknya. Netizen telah memberi sangkaan sebab Permaisuri Agong menyah-aktifkan akaunnya kerana menerima beberapa komen yang telah menghina Permaisuri.Berdasarkan gambar di bawah , ia menunjukkan betapa kurangnya satunan bahasa rakyat Malaysia terhadap Permaisuri sendiri. Ini telah menjejaskan tanggapan pihak luar terhadap kesantunan bahasa rakyat Malaysia sendiri.
Cara-Cara Menangani Isu Tersebut
1. Peranan Ibu Bapa (teladan)
Dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita,ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak sejak kecil.Dengan adanya didikan ibu bapa,maka anak akan memiliki amalan budi bahasa yang baik dalam diri sendiri mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka.Contohnya,ibu bapa perlu menunjukkan semangat patriotik yang tinggi dan memegang kepada rukun negara kedua seperti kepercayaan kepada raja dan negara dan semaikan didalam diri anak anak secara semula jadinya mereka akan mengikuti perbuatan ibu bapa mereka kerana bak kata pepatah ‘bapa borek anak rintik’.
2. Peranan Pihak Sekolah
Pihak sekolah perlu memainkan peranan untuk meningkatkan amalan budi bahasa di negara kita. Pihak sekolah seperti kelab bimbingan dan kauseling boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni..Cara ini dapat menjadikan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang.Guru haruslah memberi didikan moral kepada murid supaya mereka dapat menghayati nilai murni Nilai-nilai moral dapat menjadikan pelajar sebagai seorang modal insan yang berakhlak mulia dan juga beradab sopan.
3. Peranan Masyarakat Malaysia
Masyarakat Malaysia tanpa mengira agama,bangsa dan budaya hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan yang berusaha menggunakan pelbagai jenis cara untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita.Semua kaum sepatutnya mengamalkan nilai bekerjasama dan sanggup bertolak ansur untuk mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan berlaku.Penerapan nilai-nilai ini dalam diri masyarakat dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman dan damai.Masyarakat generasi yang lebih tua yang mengamalkan amalan budi bahasa juga dapat mempengaruhi sikap generasi muda pada hari ini.
Kesimpulan
Kesantunan bahasa dapat diwujudkan dengan mengelakkan daripada berlaku perkara perkaya seperti kebiadapan berbahasa seperti bertulis dengan ringkas, sindiran, berpura pura, marah, curiga , menghina dan menuduh tanpa bukti. Sebagai rakyat Malaysia, status merupakan faktor penting dalam penggunaan bahasa sapaan dan kata ganti nama diri perlu digunakan terutama bila bergaul dengan orang yang berdarjat tinggi. Penggunaan bahasa sapaan akan mencerminkan kedudukan seseorang dalam masyarakat.Dengan mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi, kita akan digolongkan sebagai ahli masyarakat yang peramah, bertimbang rasa, berfikiran positif, mengamalkan sikap toleransi, bersopan santun, jujur dengan tetamu, bermoral dan baik hati. Ini secara tidak langsung kita akan mengekalkan peribadi yang mulia sekaligus menonjolkan peribadi bangsa yang lemah lembut dan tinggi peradaban. Penggunaan bahasa Melayu yang santun dikaitkan dengan tanggapan dan konsep ‘reti bahasa’. Kata pepatah Melayu, ``Yang tua dihormati, yang muda disayangi”.
(ADAM BUQHARI)
Guru disiplin cedera dibelasah 10 pelajar
Mangsa diserang ala samseng selepas tegur pelajar buat bising
Alor Setar: Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunong, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku.
Tidak bermaya
Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah.
Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.
Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan.
Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.
“Saya tak pasti sama sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat," kata sumber berkenaan.
Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangsa tidak berjaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
Berita Harian 14 Sep 2012
Ulasan
Berdasarkan kisah diatas, ia merupakan kisah yang tidak harus diikuti oleh pelajar pada masa
sekarang, kerana ia merupakan seuatu kesalahan yang besar apabila melangkui batas-batas dalam adab berguru. Guru bagaikan lilin yang membakar dirinya untuk memberikan sinar cahaya kepada pelajar untuk terus bersinar dalam era sekarang, seharusnya semua pelajar menghormati guru sebagai ibu bapa sendiri yang berkorban wang ringgit dan juga masa untuk memberikan ilmu kepada kita.
Kesantunan Bahasa terhadap guru
Kesantunan Bahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Apabila melibatkan terhadap guru, kita sebagai anak murid harus memberikan kata-kata yang sopan terhadap semua guru, agar guru tidak berasa hati dengan kata yang kurang sopan dan juga agar ilmu yang diberikan kepada kita diberkati.
Berkenanan dengan isu di atas,sepatutnya pelajar tersebut menerima teguran dengan hati yang terbuka kerana telah membuat kesilapan yang telah melanggar undang-undang sekolah yang dimana pelajar harus turun untuk menyertai perhimpunan pagi pada setiap hari. Dalam kes ini, pelajar tak dapat menerima teguran yang diberikan oleh guru displin malah membuat bising di dalam bilik darjah, ketika mahu menjemput untuk turun ke bawah, guru tersebut dibelasah oleh 10 orang pelajar, ia merupakan satu tindakan yang tidak disangka oleh dek permikiran kerana sanggup membelasah orang yang telah mencurahkan ilmu kehidupan kepada kita.
Cara-Cara Menangani Isu Tersebut
1. Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa seharusnya memberi penunjuk teladan yang baik kepada anak anak supaya anak-anak dapat mengikuti tingkah laku ibu bapa.Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, itu lah pepatah yang sesuai, jika ibu bapa menunjukan teladan yang baik dan elok ketika melayani orang yang disekitar kita, malahan orang itu juga lebih tua daripada kita yang memberi kita cahaya dalam kehidupan, seharunya kita lebih menghormati.
Selain itu, ibu bapa harus memdidik, bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebunnya, jika anak-anak telah diasuh dari kecik lagi dengan teladan yang baik,nescaya apabila besar, anak itu akan terikut dan terbiasa membuat perkara yang baik, jika ingin membuat perkara yang jahat,dia akan terasa kekok ketika membuat perkara tersebut,dan secara tidak langusng akan merasa cepat bersalah apabila membuat perkara tersebut.
2. Peranan Guru
Guru harus menitik beratkan tentang sikap menghormati guru ketika dalam sekolah mahupun diluar sekolah, kerana sikap yang baik bermula dari sikap menghormati orang lain. Secara yang sedia maklum, mata pelajaran sivik dan kewargenegaraan akan diajar setiap tahun oleh guru kepada anak murid, tetapi pada masa sekarang, selain mengajar, guru tersebut harus memunjukan kepada murid secara realiti, kerana pada waktu sekarang pembelajaran secara fizikal lebih mudah difahami berbanding penerengan yang dilakukan.
3. Peranan Masyarakat
Masyarakat harus memainkan watak yang penting dalam mendidikan generasi akan datang, agar kita boleh melahirkan generasi yang cermelang mata pelajaran, dan juga yang cermelang sahsiah diri, anak-anak generasi sekarang akan membentuk generasi yang akan datang, yang akan mengawal kerajaan dan puncuk pimpinan negara, oleh itu, masyarakat sekarang, harus mengambil berat tentang generasi muda waktu sekarang, dengan cara menghormati mereka dan memberi ilmu agar mereka dapat membentuk generasi yang akan datang dengan lebih baik.
Penggunaan bahasa dalam masyarakat sekarang sangat penting dalam memberi tanggapan utama kepada generasi akan datang supaya menjaga tutur bicara, jika kita menunjukan contoh tidak elok, nescaya ia mungkin akan berbalik kepada kita juga nnti, kerana kita merupakan cermin generasi akan datang, elok penggunaan bahasa kita, insay ALLAH elok lah juga penggunaan bahasa generasi akan datang.
Kesimpulanya, setiap pihak tidak mengira umur atau pangkat , kita harus saling hormat- menghormati agar setiap perkara berlaku dengan baik, generasi sekrang harus sama- sama dalam membentuk generasi akan datang supaya negara lebih maju seiring dengan permikiraan yang modern berpandukan al- Quran dan Sunnah.
*Muhammad Aiman Hanif *
'Gaduh Kerana Kata-Kata Kesat'- Awie
KUALA LUMPUR: Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie,
mengakui pergaduhannya di sebuah kelab di Langkawi pada bulan lalu kerana
perbuatan provokasi individu tertentu yang mengeluarkan kata-kata kesat
terhadapnya. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan
tersebut berpunca apabila segelintir pengunjung enggan menghormati
permintaannya agar tidak mengambil gambar dia di dalam kelab."Punca
pergaduhan tersebut adalah kecil apabila saya enggan bergambar dengan mereka di
dalam kelab. Saya beritahu kalau nak bergambar, ambil di luar kelab sahajalah
tetapi mereka tidak hormat permintaan saya.“Kerana tindakan itu mereka
melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak sehingga
membangkitkan perasaan marah saya,” katanya.
Awie ditemui selepas pelancaran Konsert Awie dan Ella, Raja
dan Ratu Rock Malaysia di Istana Budaya di sini, pada Rabu.Konsert berkenaan
akan diadakan selama empat hari bermula pada 12 Januari 2012.Dalam pada itu,
Awie menafikan dakwaan dalam sebuah blog hiburan yang mengatakan dia dipukul
teruk namun mengakui ada berlaku pergaduhan antara dia dengan beberapa
pengunjung di luar kelab itu."Kira-kira 30 orang telah datang untuk
menyerang saya di luar kelab tetapi mereka tidak berjaya menyentuh saya dan
disebabkan itu mungkin mereka lebih berang terhadap saya."Anda (wartawan)
boleh melihat sendiri tidak ada satu lebam pun berada di badan atau muka saya,
jadi laporan mengatakan saya dibelasah teruk adalah tidak benar," ujarnya.Sementara
itu, kata Awie, dia kesal apabila ada pihak luar campur tangan dalam kejadian
tersebut dan menganggap pihak yang menyerangnya mempunyai motif tersendiri."Kelab
berkenaan mempunyai sekuriti yang saya yakin boleh meleraikan pergaduhan antara
kami tetapi mengapa perlu melibatkan orang luar dalam kejadian itu?"Saya
tidak faham motif mereka melakukan perbuatan itu terhadap saya kerana kunjungan
saya ke sana bukan untuk mencari masalah dengan sesiapa," ujarnya.
Awie berkata, pergaduhan itu selesai apabila dia dibawa ke
balai polis berdekatan namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua
belah pihak.Ditanya mengapa dia ke Langkawi Awie memberitahu, tujuannya ke
pulau itu untuk melihat sebidang tanah yang dibelinya beberapa tahun lalu
selain mendapat undangan membuat persembahan di kelab berkenaan.Terdahulu,
sebuah blog hiburan melaporkan Awie ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu
mesyuarat anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida)
dan menghabiskan masa di kelab berkenaan bersama pengawal peribadinya sebelum
berlakunya pergaduhan.
Ulasan
Pada pendapat saya, perbuatan seperti melempar kata-kata yang kesat kepada pihak yang lain merupakan satu titik mulanya pergaduhan dan boleh diibaratkan seperti "bagai mencurah minyak kepada api" yang menyebabkan kedua-dua pihak tidak berpuas hati antara satu sama lain. Punca daripada hanyalah kata-kata yang dilemparkan kepada pihak yang lain, ianya mampu memberi impak yang besar seperti menunjukkan perbuatan yang tidak rasional iaitu bergaduh di khalayak ramai. Dan buruk lagi perbuatan tersebut di lakukan oleh pihak yang mempunyai populariti yang tinggi dan dikenali ramai. Ini menunjukan bahawa hanya dengan kata kata mampu membuat seseorang itu marah dan perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang negatif dan tidak patut di contohi. Oleh hal demikian, usaha demi usaha haruslah diperjuangkan untuk tidak melihat anak bangsa kita rosak disebabkan kesilapan atau kekurangan dalam mendidik mereka dalam menjaga kesantunan bahasa, Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk melahirkan anak bangsa kita menggunakkan tutur kata yang sopan sepertimana orang tua kita terdahulu.
Usaha-usaha memupuk kesantunan bahasa
1. Peranan ibu bapa.
Dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita,ibu bapalah yang memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak sejak kecil. Dengan adanya didikan ibu bapa,maka anak akan memiliki amalan budi bahasa dalam diri sendiri mereka. Selain itu,ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Contohnya,apabila ibu bapa menghormati orang tua di hadapan anak mereka,anak mereka akan secara semula jadinya mengikuti perbuatan ibu bapa mereka kerana ‘bapa borek anak rintik’.Ibu bapa harus menasihati anak mereka supaya menghormati ahli keluarga yang lebih tua seperti datuk dan nenek.Mereka juga perlu mengajar anak supaya menggunakan panggilan yang betul semasa berada di rumah. Oleh itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah sabar dalam mendidik anak-anak kerana ‘belakang parang jika diasah tajam juga’.
2. Peranan pihak sekolah.
Selain pihak ibu bapa,pihak sekolah juga memainkan peranan untuk meningkatkan amalan budi bahasa di negara kita. Pihak sekolah seperti kelab bimbingan dan kauseling boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni seperti rajin,tanggungjawab dan sebagainya dalam rutin kehidupan mereka. Oleh itu,peranan pihak sekolah dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana guru merupakan ibu bapa anak murid di sekolah, dan hal ini sedikit sebanyak mampu unutk membantu untuk memupuk kesantunan bahasa dalam diri anak murid.
3. Peranan pihak kerajaan.
Pihak kerajaan memainkan peranan dalam meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti orang Melayu,orang Cina dan juga orang India. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran atau ceramah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka dapat menyedari bahawa betapa penting sesebuah masyarakat perlu mengamalkan amalan budi bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat pada hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan. Oleh itu,peranan pihak kerajaan dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana kerajaan merupakan tumpuk pimpinan dimana mampu memberi saranan yang berkesan kepada masyarakat agar mempupuk kesantunan bahasa di dalam diri masing-masing.
Kesimpulan
Masyarakat Malaysia tanpa mengira agama,bangsa dan budaya haruslah memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan yang telah berusaha untuk menggunakan pelbagai jenis cara untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita. Masyarakat sepatutnya mengamalkan nilai bekerjasama dan sanggup bertolak ansur untuk mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan berlaku. Penerapan nilai-nilai ini dalam diri masyarakat dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman dan damai. Masyarakat generasi yang lebih tua yang mengamalkan amalan budi bahasa juga dapat mempengaruhi sikap generasi muda pada hari ini. Masyarakat pada hari ini harus mengamalkan amalan senyum kepada orang lain tanpa mengira kaum. Tegasnya,masyarakat berbilang kaum harus berganding bahu bersama untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita.
( MUHAMMAD ADAM BIN AYUSRAIMI)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home