Friday, July 26, 2019

Integrasi budaya dalam perayaan



Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggaradan mempunyai dua kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Malaysia terbahagi kepada 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan, iaitu 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia, dan dua negeri dan satu wilayah persekutuan lagi di Malaysia Timur. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan sendirinya iaitu malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah MelayuCina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kepelbagaian yang wujud di negara ini merupakan satu kelebihan yang masih menjadi satu tradisi kesinambungan dalam kalangan rakyatnya. Keyakinan terbina kerana adanya ruang untuk menerokai limpahan sumber terhad dan yang membuka ruang ini adalah kesepaduan kestabilan yang lahir dari perpaduan dalam kepelbagaian. Kepelbagaian bukan sahaja dari kepercayaan, keturunan, agama, etnik dan warna kulit mahupun sebarang latar belakang tetapi kebudayaan yang bermacam-macam juga menjadikan Malaysia seringkali dicemburui dan diiktiraf sebagai yang aman damai. Ia wujud kerana rakyat Malaysia mempunyai kesamaan dalam pelabagai aspek dalam kehidupan, contohnya yang paling dikagumi oleh rakyat di negara lain ialah, sambutaan perayaan yang diadakan di Malaysia mempunyai sejarah dan nilai nilai yang tidak ada dinegara lain.

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada sesuatu masa dahulu. Ia juga disambut untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri banyak memuatkan mesej bertemakan ‘perpaduan’. Malahan dalam khutbah raya di Masjid Negara, elemen ini turut diberikan keutamaan. Bukan sekadar perpaduan ummah, tetapi perpaduan yang menjadi teras untuk meraikan kepelbagaian negara ini, yakni perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang etnik negara ini. Hari Raya Aidilfitri memberi gambaran bagaimana perpaduan dalam perayaan memberi impak kepada semangat hubungan antara etnik negara ini. Di setiap pelosok negara, setiap rumah terbuka dibanjiri dengan masyarakat pelbagai peribadi dan personaliti. Beratur panjang yang barangkali mengambil masa berjam lamanya bukan satu rungutan tetapi kesyukuran bertemu dengan pemimpin dan sahabat serta personaliti profil tinggi memberikan satu kepuasan. Perayaan dapat terus disambut sebegini kerana adanya kestabilan dan asas sebenar kepada hubungan antara etnik adalah kestabilan dalam negara yang membolehkan masyarakat hidup muhibbah dan rukun walaupun berhadapan dengan beberapa cabaran terutama dalam konteks mempertahankan apa yang sudah kita miliki selama ini. Dalam ada negara yang bergelut mencari keamanan, Malaysia gah dan boleh mengamalkan konsep ‘ziarah’ dan ‘kunjung’ serta ‘lawat’.

Perayaan adalah salah satu penampilan simbolik bagaimana kita boleh mengetepikan perbezaan sesama manusia untuk dijadikan landasan perpaduan. Kewajaran menjadikan perayaan sebagai alat integrasi boleh diperkukuhkan secara berterusan untuk memobilisasi sokongan agar perpaduan sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan amalan ini tidak menjadi propaganda politik oleh pemimpin yang tidak tahu hormati nilai-nilai perkongsian bersama. Sambutan perayaan di Malaysia mewarnai kepelbagaian yang selama ini sememangnya menjadi asas hubungan antara etnik. Menyemai nilai ini secara berterusan dengan aktiviti dan program ‘muafakat’ yang membawa gambaran peri-pentingnya ia diteruskan walau zaman silih berganti terutama dalam kalangan generasi muda yang berkemungkinan tidak melihat kepentingan ia diteruskan dengan semakin terhakisnya sifat perkampungan dan pulang ke kampung. Walau hadir di persekitaran berbeza, amalan integrasi melalui perayaan mesti dipertahankan oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Aidilfitri misalnya disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan keturunan. Masyarakat Melayu rata-rata akan mengadakan rumah terbuka bagi meraikan tetamu dan jiran tetangga serta rakan taulan, jauh dan dekat. Pelbagai juadah disediakan bagi menjamu tetamu yang dinantikan kehadirannya. Kita melihat amalan rumah terbuka sekadar untuk meraikan rakan taulan dengan hidangan disediakan, tetapi ada rahmat yang tersembunyi di sebalik amalan rumah terbuka. Antaranya ialah ia dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan. Warga kota misalnya, mereka tidak punya banyak masa untuk berkenal kenalan dengan lebih rapat dengan jiran, walaupun hanya jiran bersebelahan dengan rumah mereka disebabkan kesibukan mengejar masa dan kerjaya. Situasi yang biasa dilihat waktu sekarang, kerluar pada awal pagi dan akan pulang di lewat malam kerana kesibukan berkerja, hubungan dalam keluarga pun tidak kukuh, maka hubungan dengan jiran tetanga lagilah tidak terjalin
 Justeru, tradisi rumah terbuka sangat membantu dalam mengeratkan lagi hubungan antara jiran tetangga. Inilah peluang untuk mereka mengambil tahu mengenai siapa dan apa pekerjaan jiran serta keluarga mereka. Pada waktu kini sudah banyak perkara yang menjarakkan hubungan antara manusia dengan kehadiran gajet yang canggih khursusnya telefon pintar sehingga seorang manusia itu tidak bergaul lagi dengan orang di sekeliling. Situasi sebegini amat sukar untuk dibendung apatah lagi kesibukan dengan kerjaya masing-masing. Maka tak hairanlah bahawa amalan rumah terbuka sangat dapat membantu untuk memberi ruang kepada ahli kejiranan untuk sekurang-kurangnya mengenali jiran mereka.


 Sumber Keharusan Intergrasi Budaya


1)    Didalam al-Quran ada menyantakan tentang prinsip ta’aruf iaitu bermaksud saling kenal mengenali. Kepelbagaian yang diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk memelihara sikap saling berkenalan antara satu sama lain supaya dapat menambah ilmu dan mempelbagaikan cara kehiduapan tetapi harus berlandaskan prinisip a
agama Islam
2)     Berdasarkan hidup Nabi Muhammad SAW, kita juga dapat mempelajari tentang bagaiman cara hidup baginda yang sentiasa bertoleransi dan moderasi yang menjadi acuan utama dalam pedoman hidup baginda untuk interaksi dengan penganut agama lain selain dari agama Islam. Contohnya dapat dilihat melalui perjanjian Hudaybiyyah, yang Baginda SAW bertolak ansue dengan keranah oleh golongan yang bukan islam, tetapi Baginda sangat bersifat tegas apabila perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak dilanggar oleh orang bukan Islam.


Contoh menyambut perayaan atau upacara yang melanggar batas agama Islam, iaitu

1)    Memakai atau menyertakan simbol-simbol dari agama yang berlainan seperti salib, memasang pokok krismas
2)    Menyanyikan lagu bercirikan agama lain
3)    Meletakan apa apa tanda bercirikan agama lain dibadan
4)    Memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama bukan Islam
5)    Minum atau memakan makanan yang memabukkan
6)    Mengadakan bunyian atau hiasan seperti digerja
7)    Mengadakan acara berunsur perjudian, permujaan atau penyembahan
8)    Berpakaian yang menjolok mata
9)    Mendengankan lagu yang berunsurkan lucah
Kesimpulanya Integrasi budaya dalam perayaan sangat penting untuk dijaga oleh semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, kaum, atau agama supaya Malaysia menjadi salah satu negara yang aman walapun mempunyai banyak perbezaan dari segala aspek, tetapi kita sebagai rakyat Malaysia bersatu untuk menjadikan semua ikatan utuh. Bak kata pepatah “ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” , jika kita mengekalkan sikap bertolerasi dalam setiap perkara, nescaya setiap agenda untuk menghancurkan perhubungan baik antara agama nescya tidak akan Berjaya dengan mudah kerana kita mempunyai ikatan seperti keluarga.

Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa,
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.


Sawah padi luas terbentang,
Kuning keemasan indahnya maya,
Percaya-mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.




(Aiman/PUO/2019)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home