Monday, September 30, 2019

Kesantunan Bahasa

TOPIK 3: CABARAN KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
Kesantunan Bahasa
Definisi Kesantunan Bahasa
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempatkesantunan bermaksud perihal ( sifat dsb ) santun, ke-sopanan, kehalusan ( budi bahasa atau budi pekerti ): baik dalam bahasa lisan ataupun lisan.
Manakala bahasa pula, menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, bermaksud 1 sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. 2 kata –kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan. Orang-orang daripada pelbagai kaum di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu. 3 kelakuan yang baik.
“Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.”

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.

Hilang bahasa lenyap bangsa
Bermaksud : Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

Manners make the man
Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.


Kesantunan bahasa merujuk nilai sopan, melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi pekerti mulia. Penutur yang menggunakan strategi kesantunan dalam pertuturan mereka akan menggunakan bahasa yang halus, kata gelaran dan sapaan yang menepati konteksnya. Kata-kata yang diucapkan tidak mempunyai maksud sindiran atau ejekan sebaliknya mengandungi unsur kejujuran, serta menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan orang lain yang mendengarnya.

Kesantunan bahasa seseorang itu boleh dilihat dari segi tingkah laku dan penggunaan bahasanya. Bahasa yang digunakan bukan hanya menentukan corak budaya tetapi juga menentukan cara dan pola fikir penuturnya. Kesantunan bahasa yang juga diklasifikasikan sebagai etika sosial, iaitu sesuatu asas yang diperlukan untuk mewujudkan keramahan dan penghormatan kepada seseorang tetamu dalam sesebuah masyarakat.


Image result for poster bahasa jiwa bangsa







Takrifan lain tentang kesantunan bahasa:
·         Held – kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar.
·     Watts et.al – kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial.
·         Awang Sariyan (2007) – kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.
·         Siti Hajar Abdul Aziz (2009) – kesantunan bahasa ialah cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.

Takrifan lain tentang kesantunan bahasa:
·         Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesebuah interaksi. (Lukoff,1975: 64)
·         Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. (Fraser dan Nolan, 1981: 96)
·         Perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman. (Bayrak          taroglo, 1997: 5)
·         Kesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka. (Brown&Levinson, 1987: 62)
·         Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. (Leech, 1983: 104)





Sumber Kesantunan Bahasa

Al-Quran
“ Maka dengan limpah rahmat Allah kamu (Muhammad) melayani mereka dengan lemah lembut. Seandainya kamu bersikap kasar dan keras hati nescaya mereka akan menjauhkan diri dari kelilingmu”
(Surah Ali Imran :159)
Melalui pernyataan simpati dan belas kasihan terhadap situasi penerima dakwah. Umpama menuturkan kata-kata yang lunak dan mesra dan menampilkan sikap lemah-lembut dan pembelas. Cara seperti ini menepati dengan gaya dan sikap Rasulullah SAW menghadapi kerenah kaumnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud.
“ Dan sederhanalah dalam masa engkau berjalan, dan lembutkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara memanglah suara keldai”.
(Surah Luqman: 19)
Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad menyebutkan berkaitan melembutkan suara atas di atas “apabila bercakap hendaklah dengan suara yang lembut, terang dan menarik lagi pula ringkas dan jelas. Jangan dengan mengeras-ngeraskan suara yang mengejutkan si pendengar padahal tidak diperlukan. Perbandingan antara suara yang lembut, merdu dan menarik, dengan suara yang kasar, keras dan dibenci itu ialah suara himar atau keldai”.

Al-Sunnah
Daripada Mughirah bin Shu’bah (R.A) katanya Rasullullah SAW bersabda:
“ Bahawa Allah mengharamkan ke atas kamu penderharkaan kepada ibu-ibu, membunuh anak-anak perempuan hidup-hidup, menahan hak-hak yang wajib dan meminta-meminta dan (Allah benci) kepada kamu yang suka berkata-kata yang tidak berfaedah, banyak bertanya dan membuang harta”.
(Bukhari)



Islam melalui lidah Rasulnya menetapkan bahawa kebaikan itu bukan sahaja berkisar berkaitan hubungan manusia dengan penciptanya sahaja bahkan menjangkau kepada hubungan sesama manusia. Hubungan dengan manusia ini bukan sahaja terhad kepada mereka yang seagama sahaja bahkan setiap manusia yang ada di atas muka bumi ini. Sebahagian perlakuan yang dilarang dalam ucapan Baginda di atas ialah menuturkan kata-kata yang tidak membawa kebaikan kepada penuturnya dan pendengarnya. Apa lagi kata-kata yang boleh membawa perpecahan dalam keluarga, institusi pendidikan dan masyarakat.

Pandangan Tokoh-Tokoh Barat
Lakoff(1975) menginterprestasikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Bagi Fraser dan Nolan (1981), kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan konflik. Leech (1983) pula menyatakan bahawa kesantunan merupakan perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Beliau seterusnya berpendapat bahawa kesantunan bukan bermaksud baik-baik sahaja tetapi yang paling pentig ialah menjalankan prinsip kerjasama dengan menghubungkannya dengan maksud dan kuasa. Hal ini melibatkan pemilihan strategi untuk mengelakkan konflik.
             Dua tokoh terkenal dengan pandangan mereka terhadap fenomena kesantunan, iaitu Brown dan Levinson pula mengaitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka(TAM) kepada pendengar (1987). Pada mereka, setiap orang mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua, iaitu muka positif dan muka negative yang merupakan kehendak masyarakat sejagat. Sehubung itu, sewaktu berlakunya komunikasi, penutur perlu mengurangkan ancaman terhadap muka pendengar dengan memilih strategi kesantunan. Kesantunan juga dikatakan sebagai satu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara emprikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan yang melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar bagi pendapat Held (1992).

Kepentingan Kesantunan Bahasa

Individu
Seorang individu yang berbudi bahasa dan bersopan santun akan mudah mendapat pertolongan ketika berada dalam kesusahan kerana disegani oleh orang lain.Orang yang bersantun juga mudah didamping oleh orang lain kerana sifatnya terpuji. Kesantunan bahasa juga melahirkan individu yang beretika dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.

Masyarakat
Kesantunan adalah sangat penting dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ini kerana Negara kita mempunyai masyarakat daripada pelbagai bangsa,agama dan kaum yang hidup bersama. Kesantunan dapat membantu mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum seperti yang terdapat dalam gagasan Malaysia. Apabila wujudnya sikap-sikap seperti toleransi, bertolak-ansur dan saling hormat-menghormati akan lahirlah masyarakat yang hidup dengan aman dan harmoni. Dengan ini, kita dapat mengelakkan perbalahan sesama masyarakat seperti isu Plaza Low Yat baru-baru ini. Kesantunan juga dapat masyarakat Malaysia yang bertamadun dan disegani di mata dunia.

Negara
Dari persepektif Negara pula, masyarakat yang berbahasa dapat meningkatkan nama baik Negara dengan mempamerkan nilai-nilai positif kepada pelancong asing seperti tolong-menolong,berbudi bahasa dan senyum. Keadaan ini akan menarik minat pelancong asing utuk sentiasa berkunjung Negara kita kerana mereka selesa dengan layanan yang diberikan oleh masyarakat Malaysia. Apabila bila ramai pelancong mula berkunjung ke Negara kita ia secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan Negara. Apabila pendapatan Negara meningkat Negara akan menjadi maju dan menjadi stabil dari segi ekonomi sekali gus mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan untuk mentadbir Negara dengan cekap dan telus. Hubungan diplomatik antara Negara serantau bagi menjamin kemajuan dan keselamatan Negara dapat dijalinkan dengan mudah.


Ciri-Ciri Kesantunan Bahasa
·         Teliti ketika memilih kata-kata, intonasi dan gaya.
·         Merendahkan intonasi ucapan ketika berkata-kata.
·         Memberi tumpuan kepada pendengar ketika berinteraksi dengan mereka.
·         Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, peril atau menempelak.
·         Bersantun ketika menggunakan system sapaan dan panggilan seperti gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
·         Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar.
·         Bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan walaupun ketika menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.
·         Penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.






0 Comments:

Post a Comment

<< Home