Friday, July 26, 2019

Integrasi budaya dalam perayaan



Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggaradan mempunyai dua kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Malaysia terbahagi kepada 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan, iaitu 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia, dan dua negeri dan satu wilayah persekutuan lagi di Malaysia Timur. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan sendirinya iaitu malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah MelayuCina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kepelbagaian yang wujud di negara ini merupakan satu kelebihan yang masih menjadi satu tradisi kesinambungan dalam kalangan rakyatnya. Keyakinan terbina kerana adanya ruang untuk menerokai limpahan sumber terhad dan yang membuka ruang ini adalah kesepaduan kestabilan yang lahir dari perpaduan dalam kepelbagaian. Kepelbagaian bukan sahaja dari kepercayaan, keturunan, agama, etnik dan warna kulit mahupun sebarang latar belakang tetapi kebudayaan yang bermacam-macam juga menjadikan Malaysia seringkali dicemburui dan diiktiraf sebagai yang aman damai. Ia wujud kerana rakyat Malaysia mempunyai kesamaan dalam pelabagai aspek dalam kehidupan, contohnya yang paling dikagumi oleh rakyat di negara lain ialah, sambutaan perayaan yang diadakan di Malaysia mempunyai sejarah dan nilai nilai yang tidak ada dinegara lain.

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada sesuatu masa dahulu. Ia juga disambut untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri banyak memuatkan mesej bertemakan ‘perpaduan’. Malahan dalam khutbah raya di Masjid Negara, elemen ini turut diberikan keutamaan. Bukan sekadar perpaduan ummah, tetapi perpaduan yang menjadi teras untuk meraikan kepelbagaian negara ini, yakni perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang etnik negara ini. Hari Raya Aidilfitri memberi gambaran bagaimana perpaduan dalam perayaan memberi impak kepada semangat hubungan antara etnik negara ini. Di setiap pelosok negara, setiap rumah terbuka dibanjiri dengan masyarakat pelbagai peribadi dan personaliti. Beratur panjang yang barangkali mengambil masa berjam lamanya bukan satu rungutan tetapi kesyukuran bertemu dengan pemimpin dan sahabat serta personaliti profil tinggi memberikan satu kepuasan. Perayaan dapat terus disambut sebegini kerana adanya kestabilan dan asas sebenar kepada hubungan antara etnik adalah kestabilan dalam negara yang membolehkan masyarakat hidup muhibbah dan rukun walaupun berhadapan dengan beberapa cabaran terutama dalam konteks mempertahankan apa yang sudah kita miliki selama ini. Dalam ada negara yang bergelut mencari keamanan, Malaysia gah dan boleh mengamalkan konsep ‘ziarah’ dan ‘kunjung’ serta ‘lawat’.

Perayaan adalah salah satu penampilan simbolik bagaimana kita boleh mengetepikan perbezaan sesama manusia untuk dijadikan landasan perpaduan. Kewajaran menjadikan perayaan sebagai alat integrasi boleh diperkukuhkan secara berterusan untuk memobilisasi sokongan agar perpaduan sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan amalan ini tidak menjadi propaganda politik oleh pemimpin yang tidak tahu hormati nilai-nilai perkongsian bersama. Sambutan perayaan di Malaysia mewarnai kepelbagaian yang selama ini sememangnya menjadi asas hubungan antara etnik. Menyemai nilai ini secara berterusan dengan aktiviti dan program ‘muafakat’ yang membawa gambaran peri-pentingnya ia diteruskan walau zaman silih berganti terutama dalam kalangan generasi muda yang berkemungkinan tidak melihat kepentingan ia diteruskan dengan semakin terhakisnya sifat perkampungan dan pulang ke kampung. Walau hadir di persekitaran berbeza, amalan integrasi melalui perayaan mesti dipertahankan oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Aidilfitri misalnya disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan keturunan. Masyarakat Melayu rata-rata akan mengadakan rumah terbuka bagi meraikan tetamu dan jiran tetangga serta rakan taulan, jauh dan dekat. Pelbagai juadah disediakan bagi menjamu tetamu yang dinantikan kehadirannya. Kita melihat amalan rumah terbuka sekadar untuk meraikan rakan taulan dengan hidangan disediakan, tetapi ada rahmat yang tersembunyi di sebalik amalan rumah terbuka. Antaranya ialah ia dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan. Warga kota misalnya, mereka tidak punya banyak masa untuk berkenal kenalan dengan lebih rapat dengan jiran, walaupun hanya jiran bersebelahan dengan rumah mereka disebabkan kesibukan mengejar masa dan kerjaya. Situasi yang biasa dilihat waktu sekarang, kerluar pada awal pagi dan akan pulang di lewat malam kerana kesibukan berkerja, hubungan dalam keluarga pun tidak kukuh, maka hubungan dengan jiran tetanga lagilah tidak terjalin
 Justeru, tradisi rumah terbuka sangat membantu dalam mengeratkan lagi hubungan antara jiran tetangga. Inilah peluang untuk mereka mengambil tahu mengenai siapa dan apa pekerjaan jiran serta keluarga mereka. Pada waktu kini sudah banyak perkara yang menjarakkan hubungan antara manusia dengan kehadiran gajet yang canggih khursusnya telefon pintar sehingga seorang manusia itu tidak bergaul lagi dengan orang di sekeliling. Situasi sebegini amat sukar untuk dibendung apatah lagi kesibukan dengan kerjaya masing-masing. Maka tak hairanlah bahawa amalan rumah terbuka sangat dapat membantu untuk memberi ruang kepada ahli kejiranan untuk sekurang-kurangnya mengenali jiran mereka.


 Sumber Keharusan Intergrasi Budaya


1)    Didalam al-Quran ada menyantakan tentang prinsip ta’aruf iaitu bermaksud saling kenal mengenali. Kepelbagaian yang diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk memelihara sikap saling berkenalan antara satu sama lain supaya dapat menambah ilmu dan mempelbagaikan cara kehiduapan tetapi harus berlandaskan prinisip a
agama Islam
2)     Berdasarkan hidup Nabi Muhammad SAW, kita juga dapat mempelajari tentang bagaiman cara hidup baginda yang sentiasa bertoleransi dan moderasi yang menjadi acuan utama dalam pedoman hidup baginda untuk interaksi dengan penganut agama lain selain dari agama Islam. Contohnya dapat dilihat melalui perjanjian Hudaybiyyah, yang Baginda SAW bertolak ansue dengan keranah oleh golongan yang bukan islam, tetapi Baginda sangat bersifat tegas apabila perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak dilanggar oleh orang bukan Islam.


Contoh menyambut perayaan atau upacara yang melanggar batas agama Islam, iaitu

1)    Memakai atau menyertakan simbol-simbol dari agama yang berlainan seperti salib, memasang pokok krismas
2)    Menyanyikan lagu bercirikan agama lain
3)    Meletakan apa apa tanda bercirikan agama lain dibadan
4)    Memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama bukan Islam
5)    Minum atau memakan makanan yang memabukkan
6)    Mengadakan bunyian atau hiasan seperti digerja
7)    Mengadakan acara berunsur perjudian, permujaan atau penyembahan
8)    Berpakaian yang menjolok mata
9)    Mendengankan lagu yang berunsurkan lucah
Kesimpulanya Integrasi budaya dalam perayaan sangat penting untuk dijaga oleh semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, kaum, atau agama supaya Malaysia menjadi salah satu negara yang aman walapun mempunyai banyak perbezaan dari segala aspek, tetapi kita sebagai rakyat Malaysia bersatu untuk menjadikan semua ikatan utuh. Bak kata pepatah “ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” , jika kita mengekalkan sikap bertolerasi dalam setiap perkara, nescaya setiap agenda untuk menghancurkan perhubungan baik antara agama nescya tidak akan Berjaya dengan mudah kerana kita mempunyai ikatan seperti keluarga.

Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa,
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.


Sawah padi luas terbentang,
Kuning keemasan indahnya maya,
Percaya-mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.




(Aiman/PUO/2019)

Monday, July 22, 2019

Batas-Batas Pergaulan



Batas-Batas Pergaulan antara Lelaki dan Perempuan

Pada zaman kini, sudah hilangnya adab pergaulan antara lelaki dan juga perempuan yang bukan ajnabi (bukan mahram). Pergaulan  atau ikhtilat (dalam bahasa Arab) dalam Islam membawa maksud pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi di satu tempat. Iaitu ia hanya berlaku di antara tiga orang atau lebih. Ini berbeza dengan khalwat yang terdiri daripada dua orang sahaja. Oleh itu, Islam menetapkan peraturan antara sesama manusia dari antara lelaki dengan perempuan.


TERDAPAT 3 PERINGKAT DALAM PERGAULAN MENURUT ISLAM:

1.Peringkat berkenalan (taaruf)
Untuk membantu kita untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain.
2.Peringkat memahami (tafahum)
Dapat memahami sifat, latar belakang akhlak seseorang. Dengan ini mudahlah kita untuk menentukan orang yang akan menjadi sahabat atau teman kita.
3.Peringkat tolong-menolong (taawun)
Dengan tolong-menolong sesama manusia, kita dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.
SENARIO YANG DIHADAPI OLEH UMAT ISLAM

Aliran Barat/Sekuler
Aliran yang mahukan wanita dan lelaki bercampur sesama mereka dan terjebak dengan perkara yang tidak senonoh
Aliran ke Timuran
Mengikut prinsip prinsip islam dimana adab pergaulan antara lelaki dan perempuan terjaga
Aliran Kemujudan
Aliran ini menunjukkan dalam banyak masyarakat Islam abad ini, wanita tidak dapat bersuara dan dinafikan hak-hak mereka yang sudah dijelaskan dalam Al-Quran.
Kesimpulannya, melalui ketiga-tiga aliran ini sudah pastinya mempunyai banyak kelemahan dan mendatangkan banyak masalah kepada umat Islam.
ADAB-ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM
Di dalam agama Islam, terdapat beberapa adab yang harus ditekankan. Antaranya ialah :
1.Menundukkan pandangan
Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya. Sebagaimana Allah telah berfirman :
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)
2. Menutup Aurat
Sebagaimana Allah telah berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3.Tidak berdua-duaan di antara Lelaki dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
4.Tidak melunakkan percakapan
Seorang wanita dilarang melunakkan percakapannya ketika bercakap selain daripada suami. Allah SWT telah berfirman;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32) 
Imam Ibnu Kathir juga berkata;
Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
5.Tidak bersentuhan dengan kaum berlawanan jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;
Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

KESAN BURUK DARI PERGAULAN BEBAS

1- Merosakkan jiwa dan akhlak
Jiwa yang rosak akan membentuk akhlak yang buruk.Seseorang yang bergaul dengan mengunakan perkataan yanng tidak elok akan menyebabkan hati mereka menjadi hitam dengan dosa-dosa yang ditanggung. Dosa akibat perbuatan maksiat akan mengakibatkan seseorang itu sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Untuk menghilangkan kekotoran itu, kita perlu bertaubat memohon keampunan-Nya, sentiasa mengingati Allah SWT serta melakukan perbuatan-perbuatan yang disukai-Nya.

2- Menyuburkan perzinaan
Pergaulan bebas tanpa ikatan dan batasan akan menyumbang kepada perbuatan zina dalam kalangan manusia. Oleh yang demikian, kita diperintahkan untuk menundukkan pandangan supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal. Syaitan sentiasa berusaha agar manusia sentiasa membuat dosa dan maksiat. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya dapat menghindar zina dan perbuatan maksiat yang lain.

3- Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara
Setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT akan membawa keburukan. Kemungkaran akan merosakkan maruah diri seseorang. Tanpa maruah, seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga dirinya. Masyarakat dan negara juga akan menerima kesan daripada pergaulan bebas ini.

4- Membawa kepada kemurkaan Allah SWT
Sesiapa yang menjaga dan melaksanakan perintah Allah SWT termasuk dalam golongan hamba yang mulia di sisi-Nya. Orang-orang yang melanggar perintah dan larangan Allah SWT pula akan mendapat kemurkaan-Nya. Hidup mereka akan sentiasa berada dalam keresahan, tidak tenteram dan tidak lagi mendapat ketenangan jiwa akibat dosa-dosanya.

BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG DIBOLEHKAN

 1- Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Darurat
Dalam syarah Sahih Muslim, al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan hukum berkhalwat antara perempan dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat, kecuali dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada bahaya.

             Penjelasan Imam al-Nawawi menyakinkan bahawa pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat, atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

 2- Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Keperluan
Pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi kerana hajat (keperluan) Syar’ie adalah dibolehkan. Antara keperluan-keperluan Syar’ie ialah:

             a- Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk mengurus muamalah maliyah (urusan harta)

Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jual beli dan aktiviti transaksi lain dibolehkan kerana urusan jenis ini memerlukan berlakunya interaksi di antara kedua dua belah pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa  muamalah maliyah (urusan harta) dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.

            b- Pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa bekerja

Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat-syarat kedua-dua pihak menjaga batas-batas Syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah `Umar al-Khattab pernah melantik al-Syafi, seorang perempuan sebagai pegawai penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan.

 Tabiat penguatkuasa di pasar menuntut pegawai tebabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di pasar, lelaki dan perempuan. Perlantikan perempuan bekerja sebgai penguatkuasa menunjukkan pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti khalifah `Umar tidak melantik perempuan bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut menuntut berlakunya pergaulan.


           c- Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi

Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan oleh Syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan harus menjadi saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.

            d- Pergaulan di antara lelaki dna perempuan dalam kenderaan awam

Pergaulan di antara dalam kenderaan dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada Syarak bahawa perempuan keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak Syar’ie seperti berfoya-foya. Ia mestilah bertujuan Syar’ie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya.

 Di samping syarat-syarat di atas, batas-batas Syarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan perlulah dijaga. Pakaian mestilah menutup aurat, pandangan ditundukkan dan percakapan berlaku secara biasa dan normal.


  3- Pergaulan Mengikut Kebiasaan Adat Dalam Majlis-majlis

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis seperti kenduri kendara kerana semperna sesuatu dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas-batas Syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dibolehkan. Walau bagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya dalam majlis-majlis ini adalah lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah).


 4- Pergaulan Di Antara Lelaki Perempuan Semasa Belajar

Dalam persoalan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini, apakah ia dilarang atau dibolehkan. Bagaimanapun, ada sesetengah ulama’berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar.Mereka berhujah dengan hadis Sa’id al-Khudri yang meriwayatkan:

Maksudnya: “Perempuan berkata kepada Nabi s.a.w.: Golongan lelaki mengatasi kami ke atas kamu (orang lelaki sentiasa bersamamu setiap hari mendengar hal-hal agama). Tentukan bagi kami satu hari bersamamu (untuk mendengar dan belajar) lalu baginda menentukan satu hari untuk bertemu(mengajar) golongan perempuan, maka baginda menasihati dan mengajar mereka. Di antara nasihat baginda kepada mereka: “Sesiapa di antara kaum golongan perempuan yang menyerahkan tiga anaknya (untuk perang jihad dan anak itu mati syahid) pasti anak-anak itu menjadi penghalangnya dari apai neraka. Seorang perempuan berkata kalau dua orang? Baginda bersabda: “walau dua orang”.

 Bagi mereka hadis ini menunjukkan bahawa perempuan hendaklah diasingkan tempat belajar daripada lelaki. Sekiranya pergaulan  di antara lelaki dan perempuan dibolehkan, pasti perempuan pada masa itu tidak meminta Nabi s.a.w.menentukan hari khusus bagi mereka untuk mempelajari ilmu. Begitu juga kalau pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dibolehkan, pasti Nabi s.a.w tidak mengkhususkan hari bagi perempuan.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka sebaik- baiknya kerana jika aktiviti pergaulan secara bebas tidak dibendung, pastinya masalah yang lagi besar akan menimpa individu, masyarakat dan juga negara.

Selain itu, seperti yang kita lihat pergaulan bebas ini memberikan impak yang negatif berbanding positif dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Individu tersebut akan terjerumus ke penzinaan, masyarakat pula terpaksa menahan melihat individu dalam melakukan masalah seperti membuang bayi dan negara pula terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk peruntukan untuk membina tempat perlindungan bagi remaja perempuan yang mengandung anak luar nikah dan bayi yang dibuang. Semua ini tanpa kita sedari, hanya satu aktiviti tetapi ia melibatkan seluruh pihak di sesebuah negara.

Antara lain, dalam mencegah pergaulan bebas daripada berleluasa, ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka dengan menunjukan contah tauladan yang baik kepada anak mereka. Seperti kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat. Para remaja juga haruslah mengambil inisiatif dengan lebih mendalami agama Islam dan mengukuhkan iman mereka agar tidak terpesong dari landasannya.

Kesimpulannya, pergaulan bebas tidak akan terjadi jikalau semua pihak bersama sama mencegah aktiviti ini daripada berleluasa dan tiada sifat pentingkan diri dalam diri mereka. Kita haruslah mencegah perkara ini daripada ia terus merosakan akhlak remaja kita dan janganlah kita tunggu sehingga Allah S. W. T menurunkan bencananya kepada negara kita